ORANG RAMAI TERUJA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KEMBALI KE DATARAN MERDEKA
KUALA LUMPUR: Menyaksikan pertunjukan terbang lintas pesawat udara yang menggegarkan ruang udara Dataran Merdeka di sini pada sambutan Hari Kebangsaan pada 1998, kekal menjadi detik paling mengujakan dan kenangan zaman kanak-kanak terindah buat Izham Syazwan Ibrahim.
Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada raptai sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. — Bernama
KUALA LUMPUR: Menyaksikan pertunjukan terbang lintas pesawat udara yang menggegarkan ruang udara Dataran Merdeka di sini pada sambutan Hari Kebangsaan pada 1998, kekal menjadi detik paling mengujakan dan kenangan zaman kanak-kanak terindah buat Izham Syazwan Ibrahim.
Walaupun lebih 24 tahun berlalu, memori yang menyuntik dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam dirinya yang pada ketika itu berusia tujuh tahun, tidak pernah terpadam dan tetap tersemat dalam sanubarinya.
“Pada waktu itu saya sangat kagum dengan kekuatan dan keupayaan pasukan tentera dan keselamatan negara kita, apabila jet itu lalu, darah rasa berderau dan secara automatik timbul rasa sebak,” kata eksekutif kapal berusia 31 tahun itu kepada Bernama.
Justeru, bapa kepada dua anak itu sangat teruja apabila sambutan Hari Kebangsaan 2022 bakal kembali diraikan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini setelah empat tahun tidak menyaksikannya kerana berhasrat memberi kenangan serupa sekali gus menyuntik rasa cinta akan negara kepada anaknya Muhammad Izham Syazwan, 5, dan Kauthar Izham Syazwan, 3.
Anak jati Kuala Lumpur itu berpandangan, sambutan di mercu tanda tersebut mempunyai nilai nostalgia dan sentimental tersendiri dan menjadi agenda wajib untuk diteruskan dari generasi ke generasi.
Turut berkongsi nostalgia, pakar pemasaran digital V. Kavinraj, 31, yang teruja untuk kembali menyaksikan acara perbarisan terutama pancaragam.
“Ibu bapa saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam menggalakkan anak-anak sejak kecil lagi untuk turut serta meraikan Hari Kebangsaan dan lama kelamaan ia jadi aktiviti bersama kawan-kawan setiap tahun,” katanya
Kavinraj berkata beliau dan rakan-rakannya juga akan memastikan Jalur Gemilang dikibarkan di kenderaan dan kediaman bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan bagi menzahirkan patriotisme.
“Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga dengan keunikan negara kita yang masyarakatnya berbilang bangsa, budaya dan agama boleh hidup secara muhibah, rakan-rakan saya dari luar negara turut mengagumi aspek ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Mohd Samsudin berpandangan setelah dua tahun sambutan secara besar-besaran tidak dapat diadakan susulan COVID-19, sambutan kali ini mampu memperingatkan masyarakat tentang peristiwa sejarah dalam mencapai kemerdekaan.
Mohd berkata walaupun dunia belum bebas sepenuhnya daripada wabak berkenaan, cabaran dialami masyarakat terutama sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilihat dapat memberi penghayatan lebih baik tentang erti kemerdekaan kepada masyarakat.
“Semasa era penjajahan juga kita tidak bebas, banyak kesusahan dialami rakyat dan bila kita imbas, ada perkara berkaitan COVID-19 ini mengingatkan kita pada sejarah lalu, antaranya bagaimana masyarakat bersatu dan membantu mereka yang terkesan,“ katanya dan menambah bahawa perjalanan menghadapi pandemik juga antara catatan sejarah negara.
Sambutan Hari Kebangsaan 2022 pada 31 Ogos ini bakal disambut secara besar-besaran di Dataran Merdeka selepas dua tahun diraikan sederhana bagi mengurangkan perhimpunan ramai susulan COVID-19 dan kali terakhir ia diraikan di mercu tanda itu adalah pada 2017.
Dataran Merdeka menjadi lokasi bersejarah yang menyaksikan peristiwa penting penurunan bendera Union Jack dan pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957 dan sejak itu menjadi tempat perarakan sambutan Hari Kebangsaan. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests