KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA, SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022 LUAR BIASA
Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
KUALA LUMPUR: Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini hari ini berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata jumlah pengunjung yang di luar jangkaan adalah disebabkan keterujaan rakyat selepas dua tahun tidak dapat bersama-sama menyambut acara bersejarah itu secara gilang-gemilang.
“Saya teruja tengok dari malam tadi mereka dah berada di sini dan pukul 5 pagi serta sesudah subuh tempat duduk sudah penuh. Ini sambutan luar biasa, saya juga terkejut 6.45 pagi tadi jalan penuh dengan kenderaan yang diparkir.
“Anggaran saya belum dapat maklumat, saya rasa mungkin 100,000 orang yang hadir… di semua tempat penuh sekali dan kita letak sistem bunyi di sepanjang tiga kilometer (km) perbarisan jadi saya harap mereka dapat mengikuti semua ulasan yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata pihaknya sangat berpuas hati apabila acara hari ini berjalan lancar dan menyifatkan sambutan kali ini berjaya.
Annuar juga kagum dengan kesungguhan para peserta yang terlibat kerana berjaya melaksanakan persembahan, acara perbarisan dan perarakan seperti yang dirancang.
“Masa juga tepat, mengikut apa yang kita aturkan, dapat menyamakan gerak acara di darat dan pesawat yang terbang dan semuanya tepat pada saat yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan penghargaan dan rasa kagum dengan persembahan yang ditunjukkan peserta.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kejayaan acara sambutan Hari Kebangsaan 2022 itu yang disempurnakan dengan baik.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, jawatankuasa induk, jawatankuasa teknikal dan subkomuniti serta semua peserta dan kontinjen yang telah berikan terbaik dan ia sangat membanggakan.
“Mudah-mudahan di masa akan datang kita boleh buat lebih baik dan kita ada satu lagi acara di bawah jawatankuasa ini iaitu sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini di Melaka,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager