MASJID JAMEK DIPENUHI JEMAAH SEBELUM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

KUALA LUMPUR: Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, di sini, dipenuhi orang awam bagi menunaikan solat Subuh berjemaah sebelum menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.

Menerusi perkongsian video di laman Twitter Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI) memaparkan hampir kesemua saf solat dipenuhi dengan jemaah sewaktu solat Subuh berlangsung.

“Alhamdulillah. Suasana orang ramai memenuhi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi sebelum menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

“Pelihara hubungan dengan Allah setiap masa, itu erti merdeka yang hakiki,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, orang awam mula membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 4.30 pagi bagi menyambut acara perarakan dan perbarisan sempena Hari Kebangsaan 2022.–AlHijrah Online

Leave a Reply