KERAJAAN ADA RANCANGAN SANDARAN JIKA MALBATT TERPAKSA BERUNDUR
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai rancangan sandaran sekiranya keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin meruncing berikutan tindakan agresif Israel sehingga Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) membuat keputusan untuk berundur.
Antara pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang cedera akibat serangan Israel. — AFP
KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai rancangan sandaran sekiranya keadaan di selatan Lubnan menjadi semakin meruncing berikutan tindakan agresif Israel sehingga Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL) membuat keputusan untuk berundur.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
Beliau berkata keadaan yang berlaku sekarang adalah situasi sama ketika negara mula menghantar pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) buat kali pertama ke sana bagi tugasan pengaman.
Mohamed Khaled berkata pihaknya sentiasa berhubung rapat dengan UNIFIL bagi mengetahui situasi semasa di kawasan berkenaan selain berbincang dengan negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke sana.
“Bukan pasukan MALBATT sahaja yang berhadapan dengan serangan malah pasukan dari negara lain seperti Indonesia dan Ireland turut menghadapi situasi yang sama.
“Ia menjadi reputasi negara untuk terus bersama-sama dengan pasukan pengaman UNIFIL yang dianggota lebih 40 negara bagi menjaga keamanan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama Radio bagi mengulas situasi terkini anggota MALBATT di Lubnan.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata anggota yang dihantar ke sana ialah askar terlatih dan sudah bersedia serta mengetahui risiko yang mereka hadapi ketika bertugas sebagai pasukan pengaman di sana.
“Mereka ini bukan rakyat biasa,” katanya.
Semalam seramai enam anggota MALBATT disahkan mengalami kecederaan susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.
Mohamed Khaled dalam pada itu memaklumkan seorang anggota yang cedera di tangan sedang menerima rawatan di Hospital Hamood di Saida manakala lima lagi anggota yang cedera ringan telah selamat sampai ke Kem Marakah.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata kejadian berpunca daripada serpihan letupan sebuah kereta yang belum diketahui puncanya sama ada akibat tembakan daripada dron atau pesawat pejuang Israel.
“Serpihan letupan berkenaan telah menyebabkan cermin depan dan belakang sebuah daripada bas yang membawa rombongan MALBATT 850-12 pecah dan menyebabkan enam anggota cedera termasuk anggota pengiring MALBATT 850-11,” katanya.
Pada Rabu lepas penghantaran pertama pasukan MALBATT 850-12, melibatkan 220 pegawai dan anggota lain-lain pangkat dilakukan bagi meneruskan misi pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Penugasan dan penghantaran pasukan MALBATT 850-12 diatur gerak secara berperingkat melibatkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta seorang pegawai awam bermula 6 Nov hingga 18 Nov ini. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.