KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan dimensi baharu untuk terbitan sukuknya melalui struktur ‘wakalah bil-khadamat’, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia untuk memperkukuh ekosistem pelaburan di negara ini, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami merancang untuk memuktamadkan sukuk ini pada 2025 di samping melengkapkan semua pengaturan dan persiapan yang diperlukan,” kata beliau dalam ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menekankan komitmen Malaysia untuk melaksanakan inovasi dalam struktur sukuk, terutamanya untuk menyelaraskan dengan matlamat peralihan iklim dan tenaga, selain menekankan kepada kemampanan.
Beliau berkata inovasi sebelum ini seperti struktur sukuk ihsan SRI (pelaburan bertanggungjawab sosial) dan berkaitan dengan wakaf.
Selain itu, Perdana Menteri mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sehingga RM3 bilion dalam pelaburan patuh syariah melalui Dana Pemacu.
Pelaburan ini bertujuan memperkukuh syarikat tempatan Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan tinggi dan memacu ekosistem pelaburan teroka, kata beliau.
Perdana Menteri turut melancarkan Bursa Sosial pertama di Malaysia, yang akan ditubuhkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menyediakan platform berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan impak sosial yang positif.
“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan majlis agama Islam negeri,” kata beliau.
Anwar berkata inisiatif Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC), yang akan meningkatkan dan melabur dana secara digital menggunakan teknologi blockchain, memperkenalkan token berlandaskan aset Islam dan sandbox kewangan digital Islam.
Beliau memuji industri perbankan Islam yang sama-sama memperuntukkan RM2.67 bilion dalam kemudahan pembiayaan bercagar melalui Platform Bersepadu Halal Halal Development Corporation untuk menyokong pembangunan industri halal Malaysia.
Beliau berkata perkongsian risiko perlu mentakrifkan bukan sahaja produk pengguna tetapi juga memberikan panduan kepada usaha kreatif peserta industri.
“Dalam tempoh tidak menentu ini, mengambil risiko adalah perlu supaya kita dapat mengatasi pencapaian sebelum ini dan benar-benar memanfaatkan potensi di hadapan kita,” kata beliau.
Beliau menggalakkan institusi untuk melabur, berinovasi, menyepadukan dan berfikir di luar kotak, menawarkan penyelesaian yang belum diterokai oleh kewangan konvensional.
“Ini terutamanya, inovasi dalam sektor halal yang perlu jadi tumpuan utama untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam rantaian bekalan secara menyeluruh,” kata beliau.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan kertas kerja Majlis Pimpinan MIFC (MLC) bertajuk ‘Putting the Islam in Islamic Finance’.
Turut hadir Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Pengerusi Eksekutif SC Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MLC Tan Sri Azman Mokhtar dan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager