BNM CADANG TERAP NILAI MAQASID AL-SYARIAH DALAM PEMBAHARUAN EKONOMI – GABENOR
Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan untuk menerapkan Maqasid al-Syariah dalam pembaharuan ekonomi dan pembaharuan struktur serta memajukan inovasi dalam perdagangan dan wakaf sebagai pemangkin untuk memperkasakan model sosioekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mencadangkan untuk menerapkan Maqasid al-Syariah dalam pembaharuan ekonomi dan pembaharuan struktur serta memajukan inovasi dalam perdagangan dan wakaf sebagai pemangkin untuk memperkasakan model sosioekonomi yang inklusif dan berdaya tahan.
Selain itu, Bank Pusat juga mencadangkan untuk meneguhkan lagi integrasi global bagi mendorong pembangunan ekonomi bersama dan kemakmuran yang dikongsi bersama dalam kalangan negara Islam, termasuk melalui peningkatan perdagangan antara negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
“Kami mengalu-alukan usaha-usaha yang akan menyokong cadangan-cadangan ini. Hal ini termasuk mengadakan libat urus yang lebih mendalam dan dialog bersasar dengan organisasi pelbagai hala dan pelabur serta inisiatif untuk mempertingkatkan persekitaran kawal selia bagi memudahkan penerapan kontrak Syariah yang lebih pelbagai,” katanya menerusi ucapan alu-aluan beliau pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) di sini, hari ini.
Beliau berkata terdapat pelbagai peluang dan cabaran yang dihadapi oleh ekonomi global yang mana perdagangan global dijangka semakin kukuh, inflasi semakin berkurang dan keadaan pasaran pekerja yang positif terus menyokong pertumbuhan global.
Bagaimanapun, katanya, risiko pertumbuhan menjadi perlahan terus kekal memandangkan ancaman ketegangan geopolitik yang kian meruncing masih berlarutan dan inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan mungkin menyumbang kepada pasaran kewangan global yang kian tidak menentu.
“Krisis iklim dan kemerosotan alam sekitar juga semakin ketara. Keadaan ini bukan hanya mengganggu-gugat dunia kita secara fizikal, malah turut mengancam nyawa dan mata pencarian orang ramai.
“Terdapat anggaran bahawa jika tiada tindakan mitigasi yang diambil, perubahan iklim mampu mengurangkan KDNK global hingga 18 peratus menjelang 2050,” katanya.
Abdul Rasheed berkata rintangan ini pasti akan memburukkan lagi ketaksamaan ekonomi, melebarkan lagi jurang ekonomi bukan sahaja dalam sesebuah negara malah antara pelbagai negara.
“Prinsip ekonomi dan kewangan Islam berpotensi memacu pertumbuhan berasaskan nilai, melebihi matlamat keuntungan semata-mata; iaitu pertumbuhan yang seimbang, progresif, mampan dan inklusif.
“Selaras dengan objektif Syariah, kita diseru untuk memupuk kemakmuran bersama.
“Sepanjang sejarah tamadun Islam, kita telah memerhatikan bahawa penerapan prinsip Syariah sebagai panduan pembangunan adalah selari dengan tahap pembangunan masyarakat yang paling maju pada masa tersebut. Hal ini dapat dilihat melalui tahap kemiskinan yang berkurang dan kemakmuran ekonomi yang mantap,” katanya.
GFIEF yang berlangsung selama dua hari bertemakan “Membentuk Ekonomi Islam Global yang Berdaya tahan melalui Pembaharuan Berasaskan Nilai”, melambangkan kerjasama penting menghimpunkan lebih 2,300 perwakilan dari 75 negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests