KERAJAAN TIDAK CAMPUR TANGAN SIASATAN SPRM TERHADAP BERSATU
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak mencampuri urusan badan siasatan dan penguatkuasaan termasuk dalam siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Bersatu.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa badan siasatan dan penguatkuasaan serta kehakiman kekal bebas untuk menjalankan siasatan masing-masing.
Anwar berkata adalah tidak bertanggungjawab bagi parti pembangkang untuk membuat tuduhan terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu tersebut.
“Kita tidak ulangi sikap menekan seperti dilakukan dan kita tidak gunakan badan-badan (siasatan dan penguatkuasaan) ini,” katanya.
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam dilaporkan berkata parti itu melahirkan rasa kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang menjadikan agensi di bawah pemerintahannya sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan SPRM telah membekukan akaun milik Bersatu bagi tujuan membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.
Mengenai siasatan terhadap Bersatu, Perdana Menteri berkata terdapat laporan dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SPRM tentang penggunaan wang oleh parti itu.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan telah mendapati wujud projek-projek tanpa tender yang menelan belanja terlalu tinggi sewaktu negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memberi contoh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JanaWibawa) dan tebatan banjir, Anwar berkata beliau mendapati kos projek itu adalah terlalu tinggi.
Projek JanaWibawa diperkenal bagi mempercepatkan pelaksanaan projek untuk merancakkan ekonomi negara semasa dan pascapandemik COVID-19.
Anwar berkata pimpinan Bersatu perlu menjelaskan bagaimana wang lebih RM300 juta boleh diperoleh oleh parti itu dalam masa yang singkat.
“Harus pimpinan parti sekiranya mereka benar bersih seperti yang diceritakan, dia kena jelaskan kepada badan penyiasat mengapa dalam masa singkat begitu boleh mengumpul wang begitu banyak, dari sumber mana dan kepada siapa.
“(Perkara itu) kemudian akan dibawa ke Peguam Negara mengikut proses, lebih daripada itu saya tidak tahu. Apa nak ditegaskan oleh kami dalam pimpinan Kerajaan Perpaduan adalah arahan siasatan untuk semua tidak terkecuali sama ada parti kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Ditanya mengenai gesaan supaya PKR turut mendedahkan akaun parti itu, Anwar yang juga Presiden PKR berkata parti itu tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian sekiranya diminta oleh SPRM.
“(SPRM) boleh semak mana-mana parti, Bersatu tidak dedahkan akaun tetapi didedahkan oleh penyiasat.
“Saya tiada masalah dan akaun (PKR) diaudit dan dihantar ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengikut jadual ditetapkan tahunan,” katanya.
Semalam, Datuk Dr Marzuki Mohamad yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menggesa PKR dan DAP mendedahkan akaunnya termasuk akaun amanah yang dipegang bagi pihak parti itu.
Anwar menegaskan yang Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan untuk terus melaksanakan tata kelola yang baik dalam pentadbirannya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked