Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERETA JATUH TASIK, TINDAKAN PANTAS ORANG AWAM SELAMATKAN IBU DAN ANAK OKU

DALAM NEGARA

KERETA JATUH TASIK, TINDAKAN PANTAS ORANG AWAM SELAMATKAN IBU DAN ANAK OKU

Seorang wanita dan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, di Sarawak, hari ini.

Sumber: JBPM Sarawak

KUCHING: Seorang wanita dan anaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik di Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.35 pagi, namun kedua-dua mangsa berusia 50 dan 17 tahun itu berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas orang awam yang berada di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan pada jam 10.40 pagi.

Susulan itu, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kedua-dua mangsa didapati telah diselamatkan oleh orang awam. Wanita berusia 50 tahun itu bagaimanapun tidak sedarkan diri, manakala anaknya berada dalam keadaan selamat.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading