Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES BUNUH PELAJAR UNIVERSITI: TIGA SUSPEK DISAMBUNG REMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

KES BUNUH PELAJAR UNIVERSITI: TIGA SUSPEK DISAMBUNG REMAN TUJUH HARI

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.

Sumber: BERNAMA

SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.

Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan.

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata penahanan empat individu termasuk suspek utama, iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 48 jam.

Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun lepas. 

Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading