Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEBAKARAN TERUS MARAK DI WILAYAH IZMIR, TURKIYE

DUNIA

KEBAKARAN TERUS MARAK DI WILAYAH IZMIR, TURKIYE

Pasukan kecemasan masih bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melanda wilayah Izmir, Turkiye dengan penggunaan pesawat dan helikopter diteruskan sehingga malam Rabu.

Sumber Gambar: AFP

IZMIR, TURKIYE: Pasukan kecemasan masih bertungkus-lumus memadam kebakaran yang melanda wilayah Izmir, Turkiye dengan penggunaan pesawat dan helikopter diteruskan sehingga malam Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Anadolu Ajansi melaporkan penduduk di tiga kawasan perumahan dipindahkan bagi menjamin keselamatan.

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan ladang sebelum merebak pantas ke hutan berhampiran akibat tiupan angin kencang, menurut kenyataan kerajaan perbandaran Izmir.

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kebakaran di wilayah itu mengakibatkan kerosakan besar.

Agensi Bantuan Bencana dan Kecemasan (Afad) melaporkan bahawa 110 bangunan kediaman di Izmir rosak teruk atau musnah sepenuhnya.

Secara keseluruhan, ratusan kejadian kebakaran dilaporkan di seluruh negara, namun kebanyakannya berjaya dipadamkan.

Wilayah Bilecik di barat Turkiye turut mengalami kerosakan akibat kebakaran.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 121 bangunan termasuk rumah kediaman, kedai dan bangsal pertanian terjejas.

Laman berita Birgün melaporkan bahawa lebih 1,000 haiwan dilaporkan terkorban dalam kedua-dua insiden di Izmir dan Bilecik. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading