PERKUKUH SEMPADAN NEGARA, “VAPE” WAJAR DIHARAMKAN – SULTAN ABDULLAH
Sempadan negara perlu diperkukuh bagi membanteras isu penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
KUALA LUMPUR: Sempadan negara perlu diperkukuh bagi membanteras isu penyeludupan dadah yang semakin membimbangkan, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda bertitah kawalan di pintu masuk negara seperti lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan darat perlu diperketat kerana ia dikenal pasti sebagai antara laluan utama kemasukan bekalan dadah ke dalam negara.
“Pokoknya, punca tu datang dari mana? Perlu memperkukuh sempadan … . Itu yang puncanya. Baik di sempadan ataupun terminal lapangan terbang, kapal … semua ini memerlukan pengawasan rapi,” titah baginda dalam pertemuan bersama barisan kepimpinan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) di sini pada Rabu.
Barisan kepimpinan PERTAMA diketuai Presidennya Sariha Mohd Ali, Timbalan Presiden Nasriah Darus, Setiausaha Nor Hasliza Abdullah, Bendahari M. Saraswathi serta ahli jawatankuasa lain.
Al-Sultan Abdullah turut menyuarakan kebimbangan terhadap penularan gejala dadah dalam kalangan belia dan menekankan bahawa penguatkuasaan sedia ada perlu diperkukuh supaya undang-undang yang digubal benar-benar memberi kesan.
Baginda juga memaklumkan bahawa wujud trend baharu dalam penyeludupan dadah menggunakan kapal nelayan di tengah laut sekali gus mewujudkan keperluan mendesak untuk pengawasan lebih menyeluruh terutama di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Pada November tahun lepas, baginda dilaporkan bertitah angka penagih dadah di Pahang berada pada tahap amat membimbangkan.
Angka yang dipersembahkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah sebanyak 11,750 penagih aktif.
Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan sokongan terhadap langkah mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di seluruh negara, memandangkan kesan buruknya terhadap kesihatan dan masa depan generasi muda.
“Vape ini patut diharamkan secara menyeluruh. Jangan rasa simpati, kita akan memudaratkan lagi bangsa kita,” titah baginda sambil menambah bahawa negeri Pahang telah mengambil langkah awal ke arah pengharaman berkenaan.
Baginda bertitah pelaksanaan pengharaman rokok elektronik di Pahang akan melalui proses di Dewan Undangan Negeri bagi penggubalan undang-undang berkaitan, sebelum dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Sekarang kita dalam proses untuk memberi kefahaman kepada rakyat bahawa vape ini bahan larangan. Ia hanya tunggu masa untuk dikuatkuasakan,” titah baginda.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri Pahang pada Jun lepas bersetuju mengharamkan penggunaan rokok elektronik di negeri itu berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pahang, menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests