KONSEP KELUARGA MALAYSIA DIKONGSI PADA PERSIDANGAN ULAMA ASIA TENGGARA 2022
PUTRAJAYA: Malaysia akan berkongsi konsep ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’ pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan Khamis ini di Subang Jaya, Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad (dua, kiri) menyaksikan majlis penyampaian Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025 (Pusat Analisis Halal Malaysia) – Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia akan berkongsi konsep ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’ pada Persidangan Ulama Asia Tenggara 2022 yang akan diadakan Khamis ini di Subang Jaya, Selangor, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.
“Malaysia akan menerangkan contoh yang boleh kita lihat bagaimana keharmonian kita wujudkan (dalam masyarakat majmuk) kerana tidak lain dan tidak bukan, mesti berpegang dengan Islam itu sendiri kerana Islam mengajar menghormati orang lain dan kita harap orang lain juga dapat menghormati Islam,” katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Dwi-Bulanan Agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di sini hari ini, Idris berkata Liga Dunia Islam (MWL) memilih Malaysia sebagai tuan rumah persidangan itu kerana negara berjaya menonjolkan Islam sebagai satu agama yang harmoni, selamat dan sejahtera dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
“Banyak negara lain minta nak buat (persidangan) tetapi mereka memilih Malaysia kerana dianggap sebagai contoh sebuah negara yang mengamalkan fiqh kehidupan bersama masyarakat majmuk dan berjaya menonjolkan tentang Islam itu merupakan satu solusi yang cukup baik, agama yang damai dan sejahtera,” katanya.
Persidangan sehari itu yang menghimpunkan wakil dari 20 negara di rantau Asia, akan berkongsikan tentang konsep kesatuan, keadilan dan keharmonian antara pemimpin Islam dan masyarakat serta membawa mesej penyatuan ummah.
Idris berkata pada persidangan yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung MWL Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa itu, 14 mufti yang mewakili Malaysia akan diberikan peluang berkongsi berkenaan hal-hal fiqh kehidupan bersama dalam masyarakat.
Pada majlis hari ini, Idris menyaksikan Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia Shaharul Sadri Alwi menyampaikan Sijil Akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff kerana Jakim melalui Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) berjaya mendapat akreditasi itu setelah menjalani beberapa peringkat penilaian oleh Jabatan Standard Malaysia.
Skop akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 yang diperoleh itu adalah dalam bidang ujian analisis kimia bagi skop alkohol.
Idris dalam ucapannya berkata pengiktirafan itu akan melonjakkan lagi nama Malaysia dan Jakim selaku badan pensijilan halal yang unggul di dunia dan dalam masa yang sama membolehkan MyHAC membuat penganalisisan dan pemantauan ke atas produk yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Usai majlis, Idris melancarkan pula Program Mobiliti Tabung Haji (TH) untuk 2022, yang menyaksikan TH menyumbangkan 40 unit van dwifungsi – untuk digunakan sebagai van jenazah dan van penumpang bagi kegunaan ahli kariah – bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan rumah kebajikan terpilih.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin dalam kenyataan medianya berkata TH telah menyumbang lebih 90 kenderaan dwifungsi kepada masjid, surau, pusat tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 2016. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager