LAPOR KEPADA PEJABAT AGAMA JIKA WUJUD ISU TALAK MERAGUKAN
ALOR SETAR: Netizen ataupun orang awam diminta membuat laporan terus kepada pejabat agama negeri ataupun daerah, sekiranya ada isu talak yang meragukan tular di media sosial sekali gus menimbulkan kemaslahatan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad memberi ucapan pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat Kedah di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar. — Bernama
ALOR SETAR: Netizen ataupun orang awam diminta membuat laporan terus kepada pejabat agama negeri ataupun daerah, sekiranya ada isu talak yang meragukan tular di media sosial sekali gus menimbulkan kemaslahatan umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan sedemikian dapat membantu pihak berkuasa agama negeri ataupun daerah menjalankan siasatan lanjut dengan kadar segera.
“Jangan tunggu pihak pejabat agama saja, kadi satu daerah seorang saja. Laporkan kepada kami, kalau kami tahu, insya-Allah, kita bertindak,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Multaqa Murabbi Ummah (MMU) peringkat negeri Kedah tahun 2022, di sini hari ini.
Perasmian itu disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad (dua, kanan) menyerah replika cek kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Majlis Multaqa Murabbi Ummah peringkat Kedah di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar. — Bernama
Idris mengulas mengenai pasangan penyampai yang aktif bersiaran langsung secara dalam talian di Facebook, iaitu dikenali sebagai DJ Wong dan DJ Sal berbaik semula selepas DJ Wong atau Noor Aziz Johari, 53, menceraikan isterinya DJ Sal, 43, dengan talak tiga menerusi siaran langsung FB pada April lepas.
Pada 19 Jun lepas, media (Harian Metro) melaporkan yang kemunculan secara langsung pasangan itu menerusi FB ‘Sal Bollywood’, menimbulkan pelbagai persoalan terutama pengikut serta peminat mereka berikutan beberapa kontroversi yang terpalit dalam hubungan mereka.
Kemunculan pasangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat serta pengikut mereka, apabila ada yang gembira dengan hubungan kembali bertaut itu, malah terdapat juga yang mempersoalkan status suami isteri itu apabila DJ Sal diceraikan talak tiga melalui siaran langsung dalam FB.
Dalam laporan media itu, DJ Sal dipetik sebagai berkata yang beliau sudah merujuk isu talak itu kepada ahli keluarga sendiri serta golongan bijak pandai agama, yang kemudian memaklumkan apa dilafazkan suaminya tersebut sebelum ini tidak sah.
Ditanya sama ada pasangan itu mempermainkan agama, Idris berkata berkemungkinan disebabkan kejahilan mereka, dan isu talak sememangnya tidak boleh diambil mudah oleh umat Islam dalam menyelesaikan isu berkenaan.
“Nak kata dia mempermainkan agama saya tak berani kata, mungkin kejahilan dia, dia anggap benda itu (isu talak) mainan biasa…mungkin dia jahil sebab itu kita harapkan pihak agama panggil dia kalau ini melibatkan soal nasab, soal keturunan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Idris berkata pihaknya bersama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mewujudkan semula Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah pada Rabu lepas, yang fungsi jawatankuasa itu sebelum ini terhenti pada 2018, dalam usaha pemerkasaan institusi Mahkamah Syariah.
“Jawatankuasa Memperkasakan Mahkamah Syariah yang baharu ini diketuai oleh Tan Sri Othman Mustapha, bekas ketua pengarah JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), seorang tokoh perkhidmatan awam yang berwibawa.
“11 ahli lagi adalah tokoh dalam perundangan Syariah, mereka telah diberikan tanggungjawab membuat kajian, cadangan dan syor kepada kerajaan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.