Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: JANGKITAN LEBIH TINGGI DARIPADA SARS

DALAM NEGARA

KORONAVIRUS: JANGKITAN LEBIH TINGGI DARIPADA SARS

BEIJING: Jumlah kes koronavirus yang disahkan di China kini meningkat kepada 5,974 kes, lebih tinggi berbanding wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2002 hingga 2003 yang mengorbankan hampir 800 nyawa di seluruh dunia.

Berdasarkan statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), SARS menjangkiti 5,327 orang di China dalam tempoh sembilan bulan dan mengorbankan 394 individu.

Hari ini, Suruhanjaya Kesihatan China mengesahkan angka kematian naik kepada 132 orang dengan 26 kematian baharu dan 1,459 kes baharu yang disahkan.

Menurut badan kesihatan itu, pihaknya juga sedang memantau lebih 9,000 kes yang disyaki dijangkiti koronavirus tersebut.

Kematian dan jangkitan baharu yang dilaporkan semuanya berlaku di tanah besar China dengan 125 kes di Hubei dan tujuh wilayah lain.

Kira-kira 3,300 orang dimasukkan ke hospital di Hubei dengan lebih 20,000 orang dalam pemantauan. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading