Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KORONAVIRUS: KERAJAAN CADANG BAWA PULANG 78 RAKYAT MSIA DI WUHAN

DALAM NEGARA

KORONAVIRUS: KERAJAAN CADANG BAWA PULANG 78 RAKYAT MSIA DI WUHAN

SUMBER FOTO: SINAR HARIAN

PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang untuk membawa pulang 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China berikutan wabak koronavirus.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan China bagi membolehkan pesawat Malaysia memasuki kawasan berkenaan.

“Kita baru buat keputusan dan akan berbincang dengan China.

“Sekiranya didapati positif koronavirus atau berada lebih lama di wilayah itu, kita akan kuarantinkan mereka di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia di wilayah Hubei didapati kekurangan makanan dan keperluan.

“Setakat ini bekalan yang ada pada mereka dapat menampung sehingga empat hari sahaja,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan berdepan dengan masalah sekiranya rakyat Malaysia tidak dapat keluar daripada Hubei.

“Mereka akan diperiksa jika dibawa pulang,” katanya.

Selain daripada membawa pulang rakyat, Dr Mahathir berkata, kerajaan bersedia menyumbang bekalan makanan dan keperluan kepada China untuk disalurkan di wilayah terjejas koronavirus.

“Kalau mereka benarkan pesawat kita masuk, kita akan bawa masuk bekalan makanan dan topeng muka serta sarung tangan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Jepun membuat keputusan bagi membawa pulang lebih kurang 650 rakyatnya yang terperangkap di Wuhan selepas kerajaan China telah menghalang sebarang pergerakan keluar dan masuk dalam mengekang penularan wabak itu. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading