Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KPM ZAHIR DUKACITA PEMERGIAN DUA GURU SMAP KAJANG TERLIBAT KEMALANGAN DI LPT2

DALAM NEGARA

KPM ZAHIR DUKACITA PEMERGIAN DUA GURU SMAP KAJANG TERLIBAT KEMALANGAN DI LPT2

Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam. 

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam.

Menterinya Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook hari ini mengucapkan takziah kepada waris keluarga Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, serta warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. 

“Semoga tabah dan sabar dengan ujian besar ini. Kami mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu. 

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 274, LPT2.

Sementara tiga anak mereka, Farah Najwa, 20, Fatin Najla, 10, dan Faikal Nabila, 8, hanya cedera di muka, kaki dan tangan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading