ANWAR IBRAHIM JALANI PEMERIKSAAN DI IJN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN), pagi tadi.
Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau berkata tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.
“Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” katanya hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat untuk menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, hari ini.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, Anwar Ibrahim telah menghubunginya untuk meklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.—AlHijrah Online