Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL REMPUH KERETA, TERCAMPAK ATAS KUBUR

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL REMPUH KERETA, TERCAMPAK ATAS KUBUR

Seorang lelaki patah kaki kiri selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta sehingga mengakibatkan mangsa tercampak ke atas kubur di kawasan Masjid Qariah Alai, di sini pagi semalam.

MELAKA: Seorang lelaki patah kaki kiri selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta sehingga mengakibatkan mangsa tercampak ke atas kubur di kawasan Masjid Qariah Alai, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata, kejadian melibatkan mangsa Muhammad Amiruddin Basir, 24, yang menunggang Yamaha 135 LC dalam perjalanan dari Alai menuju Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal terlanggar cermin sisi sebuah kereta dari arah bertentangan lalu hilang kawalan dan merempuh pula Perodua Bezza dipandu guru berusia 37 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa melambung sebelum jatuh di atas kubur di kawasan Masjid Qariah Alai,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Pemandu Perodua Bezza bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mangsa kini dirawat di Hospital Melaka dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading