Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAGI KES PIJAK AL-QURAN: SKMM SAHKAN VIDEO LAMA DITULAR SEMULA, BUKAN RAKYAT MALAYSIA

DALAM NEGARA

LAGI KES PIJAK AL-QURAN: SKMM SAHKAN VIDEO LAMA DITULAR SEMULA, BUKAN RAKYAT MALAYSIA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap sebuah video bertarikh 2024 yang telah ditularkan semula.

KUALA LUMPUR: Insiden menghina agama Islam dengan memijak al-Quran yang tular videonya hari ini adalah video lama, dan tidak berlaku di Malaysia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang mengambil tindakan terhadap sebuah video bertarikh 2024 yang telah ditularkan semula.

“SKMM telah menerima aduan daripada orang awam berhubung kandungan berkenaan yang dipercayai dimuat naik semula sehingga mencetuskan kegusaran serta ketegangan dalam kalangan masyarakat.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai individu yang terlibat merupakan seorang warga Singapura dan insiden tersebut juga dipercayai berlaku di Singapura,” katanya.

SKMM sedang bekerjasama dengan pihak platform media sosial terlibat, khususnya Threads, Facebook dan TikTok, bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil termasuk menyekat penyebaran serta akses terhadap kandungan berkenaan di Malaysia, tambahnya.

Agensi itu turut menegaskan sebarang penyebaran kandungan yang menyentuh sensitiviti agama serta menggugat keharmonian masyarakat Malaysia adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang selaras dengan peruntukan yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan semula kandungan tersebut.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada SKMM melalui pautan https://aduan.mcmc.gov.my atau kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading