LANTIKAN KONTRAK PERKHIDMATAN AWAM ADALAH SEMENTARA – JPA
Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.
KUALA LUMPUR: Pengambilan secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam merupakan langkah interim (bersifat sementara) ke arah pelaksanaan kaedah baharu lantikan tetap pegawai awam yang akan melibatkan pindaan akta berkaitan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
“Lantikan ke jawatan tetap ini juga tertakluk kepada prestasi dan perakuan Ketua Jabatan selanjutnya.
“Pelantikan ini adalah berdasarkan peraturan dan dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP) termasuk penetapan gaji dan kemudahan,” katanya.
Menurut JPA, kerajaan pada 12 Julai 2023 memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenal ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam.
Kenyataan JPA memaklumkan keputusan itu diambil bagi memastikan kemampanan kewangan kerajaan bagi jangka panjang.
JPA turut berharap penambahbaikan terhadap sistem saraan perkhidmatan awam dapat memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam serta menjaga kebajikan penjawat awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Sementara itu, menerusi soalan lazim (FAQ), JPA memaklumkan urusan lantikan kontrak (interim) dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan lantikan Pegawai Awam Persekutuan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis dikecualikan dalam urusan berkenaan.
Menurut JPA, permohonan lantikan kontrak (interim) adalah seperti lantikan tetap sebelum ini menerusi portal SPA9 dengan semua urusan pengambilan dilaksanakan oleh SPA.
“Tempoh kontrak pegawai yang dilantik secara kontrak (interim) adalah selama tiga tahun atau sehingga kaedah baharu lantikan tetap berkuat kuasa. Gaji pegawai lantikan kontrak (interim) adalah sama seperti pegawai lantikan tetap,” katanya.
Selain itu, faedah dan kemudahan yang disediakan untuk pegawai lantikan kontrak (interim) adalah berdasarkan peraturan serta dasar semasa yang berkuat kuasa iaitu Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Urusan Perkhidmatan (UP).
Menurut JPA, proses penilaian prestasi bagi pegawai kontrak (interim) adalah berdasarkan polisi dan peraturan semasa yang berkuat kuasa manakala proses pemberhentian/penamatan pegawai adalah berdasarkan terma kontrak.
Menyentuh isu sama ada urusan penentuan gaji permulaan semasa lantikan kontrak (interim) mengambil kira pengalaman sektor pekerjaan terdahulu, JPA berkata ia boleh dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik tertakluk kepada peraturan dan dasar semasa yang sedang berkuat kuasa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.