Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LARANGAN BERHIJAB DITARIK BALIK DI SELATAN INDIA

DUNIA

LARANGAN BERHIJAB DITARIK BALIK DI SELATAN INDIA

Negeri Karnataka di selatan India memutuskan untuk membatalkan larangan memakai tudung di dalam premis pendidikan, Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai tertinggi negeri itu pada Jumaat.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

NEW DELHI: Negeri Karnataka di selatan India memutuskan untuk membatalkan larangan memakai tudung di dalam premis pendidikan, Agensi Anadolu memetik kenyataan pegawai tertinggi negeri itu pada Jumaat.

“Saya telah memberitahu (pegawai) untuk menarik balik larangan berhijab,” menurut hantaran Ketua Menteri Siddaramaiah di platform X.

The Press Trust of India memetik Siddaramaiah sebagai berkata larangan memakai tudung akan ditarik balik pada 23 Dis di negeri yang diperintah parti Kongres Kebangsaan India itu.

Isu larangan berhijab bermula pada Januari lalu apabila pelajar perempuan Islam dihalang daripada memasuki kelas di sebuah kolej kerajaan di daerah Udupi kerana memakai tudung.

Para pelajar kemudian merayu di Mahkamah Tinggi Karnataka, yang mengekalkan larangan terbabit.

Pada Oktober 2023, Mahkamah Agung India mengeluarkan keputusan di sebaliknya mengenai larangan yang dikenakan oleh institusi pendidikan di dalam premisnya di negeri Karnataka.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading