LEBIH 700 RAKYAT PALESTIN TERBUNUH KETIKA DAPATKAN AIR DI GAZA
Israel terus melancarkan perang sistematik dan disengajakan melalui taktik kehausan terhadap rakyat Palestin di Gaza, satu pencabulan nyata terhadap semua konvensyen antarabangsa dan prinsip kemanusiaan.
GAZA CITY: Sejak Oktober 2023, lebih 700 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dilaporkan terbunuh ketika cuba mendapatkan air, menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan yang dipetik Anadolu Ajansi pada Isnin.
“Israel terus melancarkan perang sistematik dan disengajakan melalui taktik kehausan terhadap rakyat Palestin di Gaza, satu pencabulan nyata terhadap semua konvensyen antarabangsa dan prinsip kemanusiaan,” menurut kenyataan Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Pihak berkuasa Palestin menuduh tentera Israel menggunakan air sebagai senjata perang dengan tujuan menafikan hak asasi paling asas rakyat Palestin.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa tentera Israel melakukan 112 pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza ketika mereka cuba mendapatkan air, dengan lebih 700 orang terbunuh, majoritinya kanak-kanak.
Insiden terbaharu berlaku pada Ahad lalu, apabila sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh ketika beratur mendapatkan air di Kem Pelarian Nuseirat, Gaza Tengah.
Pejabat media turut mendedahkan bahawa lebih 720 telaga air di Gaza dimusnahkan secara sengaja oleh tentera Israel, menyebabkan lebih 1.25 juta penduduk hilang akses kepada air bersih.
Selain itu, tentera Israel juga didakwa menghalang kemasukan 12 juta liter bahan api setiap bulan – jumlah minimum yang diperlukan untuk mengoperasikan telaga air, stesen kumbahan, sistem pelupusan sisa dan sektor penting lain.
“Tindakan ini melumpuhkan sepenuhnya sistem bekalan air dan kumbahan, sekali gus menyebabkan penularan wabak penyakit, khususnya dalam kalangan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, pihak berkuasa Gaza menggesa masyarakat antarabangsa dan pertubuhan hak asasi manusia bertindak segera bagi menghentikan penggunaan air sebagai senjata perang oleh Israel, serta membenarkan kemasukan bahan api dan peralatan yang diperlukan untuk membaik pulih telaga dan sistem saliran.
Sejak 2 Mac lalu, Israel terus menutup semua laluan keluar masuk ke Gaza termasuk bagi bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan – tindakan yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan menjejaskan kira-kira 2.4 juta penduduk wilayah itu.
Sekatan berterusan mengakibatkan Gaza di ambang kebuluran, dengan semakin banyak kematian dilaporkan akibat kelaparan.
Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, dengan jumlah korban kini melebihi 58,000 rakyat Palestin – kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked