Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU MERAH PARAH DIREMPUH KERETA

DALAM NEGARA

LELAKI DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU MERAH PARAH DIREMPUH KERETA

Mangsa, 29, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 47 tahun.

PASIR GUDANG: Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di persimpangan Jalan Besar/Jalan Bandar, di sini tengahari semalam.

Mangsa, 29, yang menunggang motosikal jenis Yamaha dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum dirempuh kereta Proton Saga yang dipandu lelaki berusia 47 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.43 tengahari semalam dan mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut sedang menghala ke Austin. Apabila tiba di tempat kejadian, dia mahu meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.

“Tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang oleh seorang lelaki dari simpang kanan membuatkan pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes tersebut katanya disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai diingatkan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya terutamanya ketika waktu puncak. Selain itu, perlu berhati-hati semasa memandu,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading