MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEKALKAN HUKUMAN MATI KE ATAS LELAKI BUNUH BEKAS TUNANG
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sebatang sungai tujuh tahun lepas.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati ke atas seorang ahli perniagaan yang membunuh bekas tunangnya sebelum membuang mayat wanita itu ke dalam sebatang sungai tujuh tahun lepas.
Rayuan terakhir Yuwafee Heidi Hamdan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atasnya ditolak oleh panel tiga hakim yang mendapati tiada merit dalam rayuannya.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel itu berkata terdapat keterangan ikut keadaan untuk membuktikan Yuwafee bersalah.
“Kami mendapati sabitan ke atasnya adalah selamat dan kami mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyabitkan perayu (Yuwafee) dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya,” katanya.
Dua lagi hakim yang merupakan anggota panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Yuwafee, 33 dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Okt 2019 selepas didapati bersalah membunuh Normaizatul Nor Jaya, 22, seorang penyambut tetamu hotel di bawah jambatan Jalan Lombong, Saujana Putra di Sungai Jenjarom Kuala Langat, Selangor pada 29 Mei 2015.
Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 19 Julai tahun lepas.
Menurut fakta kes, Yuwafee mengaku dia melakukan kesalahan itu dalam perbualan telefon dengan bekas teman wanitanya, Farah Adiba Badarudin.
Farah memberi keterangan di dalam perbicaraan itu bahawa Yuwafee memberitahunya bagaimana perayu melemaskan Normaizatul dengan menutup hidung dan mulut mangsa sehingga mati dan membuang mayat wanita itu ke dalam sungai.
Mayat wanita itu yang sebahagiannya sudah reput ditemukan dua hari kemudian di dalam sungai. Yuwafee kemudiannya ditahan pada 9 Jun 2015.
Dalam perbicaraan itu, pihak pendakwaan juga memanggil dua saksi, seorang rakan perayu dan kawan baiknya yang juga memberi keterangan bahawa Yuwafee memberitahu mereka bahawa dia membunuh wanita itu.
Semasa perbicaraan itu juga mahkamah diberitahu Normaizatul telah membuat laporan polis selepas perayu menyerangnya pada Januari dan Mei 2015.
Dalam pembelaannya, Yuwafee berkata beliau mengaku membunuh wanita itu kepada Farah kerana dia ingin melihat reaksi bekas teman wanitanya terhadap perbuatannya itu.
Yuwafee diwakili oleh peguam K Mahendran dan Chan Hwi Ching sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya How May Ling. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.