Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA DAN JORDAN BINCANG BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN

DUNIA

MALAYSIA DAN JORDAN BINCANG BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK PALESTIN

Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, dengan menyelaras usaha melalui platform antarabangsa utama di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin, dengan menyelaras usaha melalui platform antarabangsa utama di tengah-tengah krisis yang semakin memuncak.

Perbincangan itu berlangsung melalui panggilan telefon pada Khamis antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar Jordan Ayman Safadi.

Dalam satu hantaran di X, Kementerian Luar Negeri Malaysia, yang dikenali sebagai Wisma Putra (@MalaysiaMFA), menyatakan bahawa perbualan itu tertumpu kepada isu utama melibatkan krisis Timur Tengah yang semakin meruncing, terutamanya selepas tindakan agresif Israel terhadap negara jiran, termasuk Lubnan.

“Kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama dalam menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan segera kepada rakyat Palestin melalui pelbagai platform antarabangsa,” menurut kenyataan kementerian itu.

Sejak 7 Okt tahun lepas, Israel melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza, mengorbankan lebih 42,400 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 99,000 yang lain.

Sementara itu, jumlah korban akibat serangan udara Israel ke atas Lubnan sejak konflik bermula pada 8 Okt 2023 mencecah 2,412 dan bilangan individu yang cedera meningkat kepada 11,285 – menurut laporan Majlis Menteri Lubnan pada Khamis. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading