Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA-MESIR SENADA TOLAK USAHA PENGUSIRAN RAKYAT PALESTIN DARI GAZA

DALAM NEGARA

MALAYSIA-MESIR SENADA TOLAK USAHA PENGUSIRAN RAKYAT PALESTIN DARI GAZA

Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusiaan dan perubatan serta pembangunan semula selain tekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi senada dalam pendirian menolak usaha menghalau rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Menerusi hantaran di Facebook Anwar, beliau telah menghubungi El-Sisi hari ini dan perbincangan mereka menyentuh perkembangan terkini isu kemanusiaan dan usaha pembangunan semula Gaza.

Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusiaan dan perubatan serta pembangunan semula selain tekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin.

“Langkah ini bakal memberi dampak buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.

“Saya turut zahirkan penghargaan terhadap pendirian Presiden El-Sisi dan Kerajaan Mesir yang terus menghulurkan bantuan dan mempermudahkan usaha Malaysia menyampaikan sumbangan dan perubatan terhadap rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan serta kekejaman genosid rejim Zionis Israel,” katanya, hari ini.

Sementara itu, El-Sisi turut menyatakan sokongan terhadap usaha digerakkan Jepun dan Malaysia untuk membangunkan semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama Asia Timur Untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).

Katanya gerakan membantu Palestin pasti lebih berkesan sekiranya lebih banyak negara bersolidariti dan bersama-sama dalam usaha ini.

“Saya dan Presiden El-Sisi juga sempat bicarakan soal hubungan dua hala Malaysia-Mesir. Kami sekali lagi mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan kedua-dua negara,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading