Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA TEGAS MENENTANG USAHA PEMINDAHAN PAKSA RAKYAT PALESTIN DI SESI TERGEMPAR OIC

DUNIA

MALAYSIA TEGAS MENENTANG USAHA PEMINDAHAN PAKSA RAKYAT PALESTIN DI SESI TERGEMPAR OIC

Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza, termasuk dengan mengadakan kerjasama pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau.

PUTRAJAYA: Malaysia akan menegaskan tentangannya terhadap sebarang cadangan pengilhakan Gaza atau usaha memindahkan rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan secara paksa semasa Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan pendirian itu akan dibangkitkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan yang dijadual menghadiri mesyuarat itu di Jeddah, Arab Saudi pada 7 Mac.

Sesi itu akan membincangkan perkembangan gencatan senjata di Gaza serta kegusaran berhubung cadangan pengilhakan Gaza yang akan mengakibatkan pemindahan secara paksa rakyat Palestin daripada tanah air mereka. 

Selain itu, Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza, termasuk dengan mengadakan kerjasama pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau.

“Penyertaan Menteri Luar ke Sesi Tergempar ini menggariskan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dalam mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” menurut kenyataan kementerian. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading