Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAQIS P.PINANG RAMPAS TIKUS SALAI DIBAWA MASUK DARI VIETNAM

DALAM NEGARA

MAQIS P.PINANG RAMPAS TIKUS SALAI DIBAWA MASUK DARI VIETNAM

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini semalam.

Sumber Gambar: Media Sosial

GEORGE TOWN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas tikus salai bernilai RM1,000 yang cuba dibawa masuk ke negeri ini tanpa kebenaran melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini semalam.

Pengarahnya Muhammad Ikram Abd Talib berkata tikus salai seberat 10 kilogram (kg) itu dirampas daripada seorang penumpang yang baru tiba dari Vietnam, hasil pemeriksaan dijalankan pihaknya bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.

“Tikus salai itu berjaya dikesan dalam bagasi penumpang tersebut dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan kami merampas kesemua hasilan haiwan itu kerana tiada permit yang sah untuk mengimport. Kes disiasat menurut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).”

“Seperti kita maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung. Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya MAQIS, sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading