Penduduk Muhammad Shariman Abdullah, 36, melihat keadaan bumbung rumahnya yang telah diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut ketika tinjauan di Kampung Binjai Bongkok malam tadi. –fotoBERNAMA
MARANG: Lebih 10 buah rumah rosak teruk selepas dilanda ribut dalam kejadian di Kampung Padang Mengkuang, Berangan dekat sini, petang semalam.
Seorang mangsa, Ambak Mohd, 79, berkata ketika kejadian pada 3.30 petang itu, dia bersama tiga ahli keluarga yang lain sedang berehat di rumah selepas makan tengah hari.
Ambak berkata tiba-tiba angin kuat membadai rumahnya menyebabkan lebih daripada sebahagian bumbung tercabut.
“Waktu itu hujan tidaklah terlalu lebat, tetapi angin memang sangat kuat dan bunyi yang kuat agak menakutkan.”
“Anak lelaki saya mengarahkan kami semua keluar dari rumah kerana bimbang bumbung tersebut akan menimpa kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya malam tadi.
Sementara itu persiapan rumah terbuka Aidilfitri anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, TDM Berhad bersama masyarakat daerah Marang turut terjejas apabila lima khemah besar musnah diterbangkan angin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata selain khemah, pentas utama yang mengambil masa empat jam untuk didirikan juga runtuh dalam sekelip mata.
“Semua kerja pemasangan khemah dan pentas sudah selesai pagi ini (pagi semalam) kerana rumah terbuka Aidilfitri itu petang esok (hari ini).”
“Daripada tujuh khemah yang ada, hanya dua boleh digunakan semula. Kami pun terpaksa mengerah lebih ramai tenaga untuk membina semula pentas dan khemah untuk majlis esok (hari ini),” katanya ketika ditemui di tapak rumah terbuka Aidilfitri di Kampung Padang Mengkuang.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana tiada petugas yang cedera akibat kejadian tersebut.
“Ada beberapa petugas yang berada di tempat kejadian ketika ribut melanda, tetapi Alhamdulillah semuanya sempat lari dan berlindung di dalam masjid,” katanya.
Katanya, semua rumah yang rosak akan dibaiki segera dan bantuan bersesuaian diuruskan oleh Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pengkalan Berangan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests