Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT DUA BERANAK DITEMUKAN DALAM RUMAH DIPERCAYAI DIBUNUH 

DALAM NEGARA

MAYAT DUA BERANAK DITEMUKAN DALAM RUMAH DIPERCAYAI DIBUNUH 

Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru, Bukit Mertajam, malam tadi.

Sumber: BERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru, di sini, malam ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya. Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut,” katanya malam ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading