Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
ALOR GAJAH: Kadar kos rasmi menunaikan ibadah haji musim 2026 akan diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) pada 22 Okt ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata sementara surat tawaran pula akan diedarkan kepada bakal jemaah haji selepas pengumuman tersebut oleh Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain.
“Kadar kos ini sama ada meningkat atau kekal penting bagi membolehkan proses pengeluaran surat tawaran kepada bakal haji dilakukan dan kita akan pastikan ia tidak membebankan mereka yang terpilih itu nanti.
“Ini kerana kita mahu peratusan mereka yang menolak tawaran haji itu akan dapat dikurangkan kerana mereka yang ditawarkan giliran tetapi menolak pada 2025 agak ramai,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Perasmian Program Kampung Angkat Menteri Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) di Dewan Terbuka Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata TH turut mengambil langkah proaktif memastikan jemaah haji yang mendapat giliran pada tahun ini tidak menolak tawaran tersebut termasuk mengenal pasti keberadaan bakal jemaah tersebut dan mengemaskini data dengan lebih awal.
Tambah beliau semua langkah itu bagi memastikan bakal jemaah bersedia sebaiknya dari aspek kewangan, fizikal dan mental sebelum menunaikan haji.
“Ia juga dapat memastikan tidak berlaku ‘kerugian’ pada kouta yang telah ditetapkan dengan setakat ini seramai 31,600 orang,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager