FADHLINA IKRAR AMBIL TANGGUNGJAWAB PENUH, PERKUKUH KESELAMATAN SEKOLAH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berikrar mengambil tanggungjawab penuh serta memperkukuh langkah keselamatan di sekolah susulan beberapa insiden jenayah membabitkan pelajar sekolah yang berlaku baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berikrar mengambil tanggungjawab penuh serta memperkukuh langkah keselamatan di sekolah susulan beberapa insiden jenayah membabitkan pelajar sekolah yang berlaku baru-baru ini.
Menzahirkan rasa dukacita yang mendalam berhubung kejadian terbabit, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) komited melaksanakan reformasi keselamatan dan kesejahteraan di semua institusi pendidikan bagi memastikan insiden seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
“Saya dan timbalan saya (Wong Kah Woh) mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya memastikan tambah baik kepada aspek keselamatan di semua institusi di bawah KPM.
“Reformasi keselamatan dan kesejahteraan sekolah selamat ini kita lakukan bersama-sama,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina berkata langkah penambahbaikan akan dilaksanakan segera bagi memastikan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah berada pada tahap terbaik agar terus selamat dan sejahtera di sekolah.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa serta komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atas sokongan berterusan kepada pihak sekolah dalam tempoh mencabar itu.
“Buat ibu bapa yang sentiasa menitipkan semangat dan sokongan, terima kasih yang tidak terhingga. Bantulah kami dengan apa cara sekalipun, demi anak-anak kita. Sokongan dan perhatian ibu bapa ketika ini amat penting untuk kami bina semula kekuatan dan roh sekolah ini,” katanya.
Antara insiden jenayah yang berlaku di sekolah baru-baru ini ialah seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Okt lepas dan suspek dalam kes itu, iaitu pelajar lelaki berumur 14 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Selain itu, pada 7 Okt seorang murid perempuan berusia sembilan tahun di sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan menjadi mangsa cabul oleh pengawal keselamatan wanita dan teman lelakinya, dan pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, Melaka dirogol pelajar senior pada 2 Okt.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.