MESIR TOLAK PENGUSIRAN RAKYAT PALESTIN, BERI AMARAN TERHADAP KEBISUAN DUNIA
Mesir sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki.
KAHERAH: Mesir pada Sabtu sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka, sambil memberi amaran terhadap akibat perbuatan masyarakat antarabangsa yang membisu dengan perkembangan yang sedang berlaku di wilayah Palestin yang diduduki, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Perkara itu disuarakan dalam pertemuan Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty bersama delegasi daripada Pergerakan Fatah Palestin, ketika mereka membincangkan situasi semasa di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat susulan peningkatan ketara tindakan ketenteraan oleh Israel.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menegaskan bahawa Abdelatty sekali lagi menyatakan penolakan Mesir terhadap usaha Israel untuk melemahkan perpaduan wilayah Palestin dan memisahkan Semenanjung Gaza daripada Tebing Barat.
Mesir turut mengecam pencerobohan berterusan Israel terhadap Gaza dan Tebing Barat, dasar agresif yang diamalkan di rantau itu serta penggunaan kekuatan ketenteraan secara tidak seimbang yang jelas bercanggah dengan prinsip asas undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Abdelatty turut menegaskan penolakan Mesir terhadap tindakan keterlaluan yang berterusan oleh pihak penjajah Israel terhadap orang awam serta sikapnya yang bertindak seolah-olah berada di atas undang-undang.
Jika Israel terus mengamalkan pendekatan sedemikian, ia akan meletakkan lebih banyak halangan terhadap usaha kewujudan bersama secara aman dalam kalangan rakyat di rantau ini, sekali gus memberi kesan buruk terhadap keselamatan, kestabilan dan peluang untuk mencapai keamanan yang berkekalan.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Abdelatty membincangkan pelan pembinaan semula Semenanjung Gaza oleh negara-negara Arab dan Islam, serta menekankan keperluan mendesak untuk memperkukuh perpaduan Palestin dan peranan penting pihak berkuasa nasional Palestin dalam merealisasikan aspirasi rakyat Palestin.
Ini termasuk usaha mencapai penyelesaian yang adil dan berkekalan terhadap isu Palestin menerusi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager