Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA REMAJA MAUT LAKUKAN AKSI BERBAHAYA MOTOSIKAL

DALAM NEGARA

DUA REMAJA MAUT LAKUKAN AKSI BERBAHAYA MOTOSIKAL

Kedua-dua remaja berusia 17 dan 16 tahun itu dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan motosikal sambil memotong sebuah kereta.

Sumber gambar: IPD Tumpat

KOTA BHARU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan dalam kejadian di Jalan Kutan, Tumpat, pada 12.15 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja berusia 17 dan 16 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Pekan menuju Pasir Mas.

“Mereka dipercayai melakukan aksi berbahaya dengan mengangkat tayar hadapan motosikal sambil memotong sebuah kereta.

“Tindakan itu menyebabkan mereka memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 53 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat perlanggaran itu, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tumpat.

Mohd Khairi berkata mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat, sementara pembonceng yang turut cedera parah pada bahagian kaki telah dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading