Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MKI BINCANG, TELITI FATWA PENCEROBOHAN ISRAEL KE ATAS GAZA – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

MKI BINCANG, TELITI FATWA PENCEROBOHAN ISRAEL KE ATAS GAZA – MENTERI AGAMA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan segera menganjurkan satu perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) bagi meneliti fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkait isu pencerobohan Israel ke atas Gaza, Palestin.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan segera menganjurkan satu perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) bagi meneliti fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia berkait isu pencerobohan Israel ke atas Gaza, Palestin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbincangan khas yang akan dianjurkan itu bagi meneliti fatwa terbaru berkenaan secara mendalam dan menyeluruh.

“Saya juga telah meminta agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk mengadakan libat urus bersama para agamawan dan pertubuhan-pertubuhan Islam bagi membincangkan implikasi fatwa tersebut dari pelbagai sudut, demi menjaga kepentingan serta kesejahteraan negara dan umat Islam, khususnya saudara kita di Gaza.

“Agensi-agensi di bawah portfolio saya juga akan terus komited melaksanakan pelbagai usaha bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan, termasuk melalui Tabung Kemanusiaan Palestin yang telah ditubuhkan, untuk meringankan beban kehidupan rakyat Gaza yang sedang diuji,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata, semua pihak memikul tanggungjawab bersama untuk menyuarakan sokongan, menzahirkan solidariti selain mendoakan kemenangan buat rakyat Palestin yang sedang dizalimi.

“Semoga segala usaha ini menjadi asbab kepada kebebasan dan keamanan yang hakiki buat bumi Gaza,” katanya.

Semalam, Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia menggariskan fatwa berhubung tindakan rejim Zionis Israel yang menyerang serta melanggar perjanjian gencatan senjata ke atas bumi Gaza, Palestin.

Fatwa tersebut dikeluarkan ketika suasana krisis kemanusiaan amat meruncing, yang menyaksikan kezaliman berterusan terhadap rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Antara intipati fatwa tersebut termasuk kewajipan jihad bersenjata terhadap penjajah di Palestin bagi setiap Muslim yang mampu di dunia Islam, kewajipan campur tangan ketenteraan segera oleh negara-negara Arab dan Islam dan pengharaman normalisasi hubungan dengan negara haram Israel.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading