MESYUARAT KHAS MKT UMNO BINCANG TAWARAN PH, PN, BUKAN GESAAN AHMAD ZAHID LETAK JAWATAN
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini akan meneliti tawaran dan syarat yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekiranya sokongan diberikan kepada mereka untuk membentuk kerajaan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kepada media, sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.
Beliau berkata mesyuarat juga akan membincangkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dihasratkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Namun, katanya, isu berhubung gesaan beberapa pihak mahu Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan tiada dalam agenda mesyuarat berkenaan.
Beliau berkata mesyuarat turut akan membincangkan tentang isu 10 Ahli Parlimen BN yang telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri ke-10 sebelum ini.
“Kita pasti bincang perkara ini kerana satu perkara yang kita kena ingat dalam perlembagaan parti iaitu sebelum semua calon BN menerima watikah, ada empat dokumen perundangan yang perlu ditandatangani iaitu surat tawaran, surat akuan bersumpah, surat perjanjian pencalonan dan surat aku janji.
“Secara kolektifnya keempat-empat dokumen ini memberi indikasi bahawa kerusi yang ditandingi oleh mana-mana Ahli Parlimen BN itu bukan milik peribadi, bukan milik parti-parti komponen tetapi adalah milik BN,” katanya.
Terdahulu, antara pimpinan UMNO yang dilihat tiba untuk menghadiri mesyuarat itu setakat jam 9 malam ialah tiga Ahli MKT iaitu Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut hadir Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager