MOHAMAMAD ZAHARIF BERSIAP UNTUK SOLAT JUMAAT SEBELUM DILANGGAR – ABANG
“Semalam mungkin hari terakhir sekolah, mereka teruja jumpa kawan-kawan dan raikan dengan cara mereka sendiri berborak sambil berkumpul di hadapan masjid sebelum menunaikan solat Jumaat.”
Ibu arwah kemalangan maut, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, Mimi Julia ismail, 50 kelihatan sedih sambil menunjukkan gambar arwah anaknya di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor hari ini.–fotoBERNAMA
IPOH: Pelajar berusia 17 tahun, Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini semalam dalam persiapan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata menjadi rutin adik bongsunya itu berkumpul bersama rakan-rakannya setiap Jumaat dengan motosikal masing-masing setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid berhampiran sementara menunggu waktu solat Jumaat.
“Semalam mungkin hari terakhir sekolah, mereka teruja jumpa kawan-kawan dan raikan dengan cara mereka sendiri berborak sambil berkumpul di hadapan masjid sebelum menunaikan solat Jumaat,” katanya ketika ditemui media di kediamannya hari ini.
Semalam, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari dan kejadian itu tular di media sosial.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pegawai kanan polis ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, berkata Allahyarham anaknya seorang yang sangat baik dan jarang menolak jika ada individu meminta tolong.
“Arwah dikurniakan kebolehan membaiki motosikal, malah sering membantu rakan-rakannya membaiki motosikal di rumah ini. Arwah memang berimpian mahu membuka bengkel perusahaan membaiki motosikal suatu hari nanti,” katanya sebak.
Mimi Julia, yang mengusahakan kedai makan Restoran Mimiz berhampiran sekolah anaknya itu sejak sembilan tahun lepas, berkata anak bongsu dari empat beradik itu sejak seminggu lepas bertukar tabiat apabila gemar makan di waktu tengah malam.
Menurutnya dia ada menegur Mohammad Zaharif Affendi yang berat badannya semakin bertambah kerana makan malam dan menasihati anaknya itu kerana tabiat tersebut tidak sihat untuk kesihatan.
“Dia habiskan susu saya dalam peti sejuk, dia makan mi segera tengah malam, mulanya saya tak perasan tapi bila dia dah tak ada rupanya itu adalah petanda dia nak pergi,” katanya.
Menceritakan detik ketika mengetahui tentang kematian anaknya, Mimi Julia berkata dia mengetahuinya daripada pelanggan yang makan di kedainya dan kejadian itu dilihatnya sendiri kerana kedai makan itu hanya 100 meter dari tempat kejadian.
“Saya tahu anak saya terlibat, tetapi saya tak sampai hati untuk lihat dia bergelut dengan ajalnya, jadi saya tidak pergi ke tempat kejadian itu, malah ke rumah mayat hospital juga saya tidak sanggup pergi,” katanya.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, yang juga seorang jururawat berkata dia yang hendak untuk ke tempat kerja berkejar dari kedai makan ibunya setelah mengetahui kemalangan itu melibatkan adiknya.
“Ketika saya pangku dia masih bernyawa, tetapi lemah. Dia hanya berkata sakit dada dan matanya tak nampak sebelum tidak sedarkan diri, saya cuba bagi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulans tiba tetapi dia tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Nur Zawanie berkata dia sekeluarga memohon agar siasatan dilakukan dengan telus walaupun kejadian itu melibatkan pegawai atasan polis.
“Biarpun adik buat salah, tetapi dia remaja mungkin dia tidak matang, tetapi bukan kuasa dia (pelaku) untuk ambil nyawa adik saya sebegitu, saya mahu keadilan untuk adik saya ditegakkan,” katanya yang turut bercadang melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked