MAIWP PELAWA PEMIKIR, PELABUR ISLAM LIBATKAN DIRI DALAM PEMBUATAN AL-QURAN AI
“Ini merupakan cabaran untuk ulamak juga… kita telah AI-kan banyak benda tetapi kita mungkin takut atau tidak berani untuk meng-AI al-Quran… mungkin ini masa yang sesuai untuk memanggil para ulamak dan pemikir Islam kerana al-Quran mempunyai banyak data serta algoritma konsisten daripada Pencipta, yang pasti ilmunya tersusun, jadi lebih mudah untuk kita keluarkan AI pada al-Quran, cuma perlukan keberanian.”
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar (tengah) bergambar kenangan bersama para peserta selepas Majlis Khatam Al-Quran Perdana kali ke-3 di Menara MAIWP hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemikir dan pelabur Islam dalam sektor teknologi terutama kecerdasan buatan (AI) dipelawa untuk terlibat sama dalam pembuatan Al-Quran AI.
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata AI boleh menjadikan sesuatu ilmu itu lebih mudah difahami kerana memiliki pelbagai aplikasi, kefahaman, kognitif, kekoherenan dan keterangkuman yang memudahkan atur cara apa-apa ilmu.
Beliau berkata al-Quran adalah sebuah kitab yang paling konsisten dan mempunyai algoritma tersendiri yang perlu di-AI untuk pembaca lebih memahami serta menghayati al-Quran.
“Ini merupakan cabaran untuk ulamak juga… kita telah AI-kan banyak benda tetapi kita mungkin takut atau tidak berani untuk meng-AI al-Quran… mungkin ini masa yang sesuai untuk memanggil para ulamak dan pemikir Islam kerana al-Quran mempunyai banyak data serta algoritma konsisten daripada Pencipta, yang pasti ilmunya tersusun, jadi lebih mudah untuk kita keluarkan AI pada al-Quran, cuma perlukan keberanian.
“Jika kita buat begini, al-Quran akan lebih mudah difahami oleh orang bukan Islam juga. Ini adalah cabaran dan peluang untuk kita jadikan al-Quran agar dapat dilihat dengan telus dengan kuasa AI ini,” katanya pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Jom Celik Al-Quran Tahun 2023 di sini hari ini.
Program tahunan itu dilaksana secara berkala oleh Unit Seranta, Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP dengan kerjasama Yayasan Institut Pengajian Al-Quran (IPaQ) mulai 2020.
Edisi ketiga penganjurannya itu menyaksikan penyertaan 62 orang dari tiga lokasi pelaksanaan pengajian al-Quran iaitu PPR Kampung Limau, Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP Sungai Penchala dan Pusat Perlindungan Dar Assaadah, MAIWP.
Program Jom Celik Al-Quran, yang memfokus kepada pelaksanaan Kelas Tahsin Al-Quran sehingga khatam, berhasrat agar semua masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan mampu membaca kitab suci itu dengan baik serta memupuk semangat di dalam pembacaannya dan kecintaan kepada kalam Allah SWT. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests