Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOTAC BATAL LESEN SYARIKAT EMRAZ TRAVEL & TOURS

DALAM NEGARA

MOTAC BATAL LESEN SYARIKAT EMRAZ TRAVEL & TOURS

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membatalkan lesen sebuah syarikat pengendali pakej umrah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd kuat kuasa 11 Mac ini.

MOTAC  dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

Menurut MOTAC, ini kerana syarikat tersebut didapati telah melanggar syarat lesen dan peruntukan Akta 482 serta menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

Bermula sekitar November tahun lepas, pihak polis telah menerima ratusan laporan polis berhubung dakwaan kes penipuan pakej umrah membabitkan syarikat itu.

Setakat ini, dua pengarah syarikat berkenaan yang merupakan sepasang suami isteri telah dihadapkan ke mahkamah berkaitan kes itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading