Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG BERKENAN KURNIA KENDERAAN KEPADA KPN, PEGAWAI AGAMA ISTANA NEGARA

DALAM NEGARA

AGONG BERKENAN KURNIA KENDERAAN KEPADA KPN, PEGAWAI AGAMA ISTANA NEGARA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan jenis Proton X90 kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan jenis Proton X90 kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain dan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Turut dikurniakan kenderaan sama hari ini ialah Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim.

Kurniaan daripada Sultan Ibrahim itu disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zailani Hashim di Istana Negara hari ini.

Dalam hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan Seri Paduka Baginda itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang. 

Sementara itu, hantaran tersebut turut memaklumkan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-Yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

Antaranya, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. 

Selain daripada kurniaan dan sumbangan menerusi Yayasan-Yayasan Keluarga Diraja Johor kepada rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas.

Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat. 

Contohnya, pada tahun 2010 Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

Pada 2018, Baginda mengurniakan Proton Suprima kepada semua Pegawai Daerah di Johor. 

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada September 2020. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading