Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANWAR SERU RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN, ANGKAT MARTABAT DAN DARJAT NEGARA

DALAM NEGARA

ANWAR SERU RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN, ANGKAT MARTABAT DAN DARJAT NEGARA

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu berani melakukan perubahan bukan saja di peringkat menteri dan ahli politik, bahkan rakyat keseluruhannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk meletakkan negara ini ke tingkat lebih tinggi dan maju dari sekarang.

“Walau apa jua bahasa dituturkan, di mana sahaja kita berada sambil menyantuni kebhinekaan kaum, budaya dan agama, jangan sesekali lupa peranan kita untuk mengangkat martabat dan darjat Malaysia.

“Kepada yang sedang bertugas, berjuang dan bekerja dalam mengukir nama negara di pentas dunia, teruskanlah usaha murni ini,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook. 

Beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia menjadikan negara ini lebih hebat dan membanggakan untuk diwarisi anak cucu-cicit pewaris negara. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading