Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS KERETA BERTEMBUNG TRELER TIDAK LIBATKAN ANAK BERANAK – POLIS

DALAM NEGARA

NAHAS KERETA BERTEMBUNG TRELER TIDAK LIBATKAN ANAK BERANAK – POLIS

Ketua Polis Daerah Jasin Dep. Supt. Ahmad Jamil Radzi berkata, dua mangsa terlibat dalam tragedi tersebut iaitu pemandu treler dan pemandu kereta jenis Proton Wira tiada hubungan persaudaraan hasil maklumat waris mangsa.

Sumber Gambar: Polis Jasin

JASIN: Polis mengesahkan kemalangan maut melibatkan treler dan kereta di hadapan sebuah kilang di Lipat Kajang, di sini pagi tadi, tidak melibatkan anak beranak seperti dakwaan dalam video yang tular.

@beritaalhijrah114

Polis mengesahkan kemalangan maut melibatkan treler dan kereta di hadapan sebuah kilang di Lipat Kajang, Jasin, pagi tadi, tidak melibatkan anak beranak seperti dakwaan dalam video yang tular. Tekan link untuk berita penuh. #KongsiBersama #beritaalhijrah #beritaalhijrah114 #alhijrahonline #beritatiktok #beritaditiktok #fyp #fypシ #trendingnewsmalaysia #jasin #melaka

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Ketua Polis Daerah Jasin Dep. Supt. Ahmad Jamil Radzi berkata, dua mangsa terlibat dalam tragedi tersebut iaitu pemandu treler dan pemandu kereta jenis Proton Wira tiada hubungan persaudaraan hasil maklumat waris mangsa.

Siasatan polis mendapati pemandu treler terbabit dalam perjalanan dari arah kilang kaca di kawasan itu menuju ke jalan besar untuk menghala ke Lipat Kajang.

“Apabila tiba di persimpangan, Proton Wira yang datang dari arah Lipat Kajang menghala ke kilang kaca gagal mengelak dan melanggar treler terbabit.

“Pemandu Proton Wira disahkan meninggal di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hair ini.

Mayat mangsa, Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, yang bekerja sebagai pemandu bas kilang dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk dibedah siasat.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading