Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU STOKING TERTERA KALIMAH ALLAH: POLIS JOHOR TERIMA 25 LAPORAN SETAKAT INI

DALAM NEGARA

ISU STOKING TERTERA KALIMAH ALLAH: POLIS JOHOR TERIMA 25 LAPORAN SETAKAT INI

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak berhubung isu kalimah Allah tertera pada stoking setakat ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar. – Bernama

JOHOR BAHRU: Polis Johor telah menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak berhubung isu kalimah Allah tertera pada stoking setakat ini.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata selain itu pihaknya menerima satu laporan daripada wakil sebuah kilang yang mengadu menerima ugutan berkaitan isu berkenan.

Beliau berkata berdasarkan aduan ugutan itu dilakukan secara bersemuka pada 19 Mac lepas, namun laporan polis hanya dibuat pada 23 Mac selepas kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial.

“Kes ini disiasat mengikut seksyen 506 kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 Peringkat Negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading