NAHAS PESAWAT ELMINA: TIADA BUKTI KETIDAKUPAYAAN JURUTERBANG JADI PUNCA NAHAS – LAPORAN AWAL AAIB
Laporan awal siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang sehingga menjadi punca nahas.
KUALA LUMPUR: Laporan awal siasatan berhubung nahas pesawat di Bandar Elmina di Shah Alam, menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketidakupayaan atau faktor fisiologi menjejaskan prestasi juruterbang sehingga menjadi punca nahas.
Menurut Laporan Awal Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) hari ini, juruterbang pertama (PIC) dan juruterbang kedua (Second In Command – SIC) mempunyai rehat yang cukup sebelum penerbangan serta tidak mempunyai masalah perubatan yang serius berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal.
“Berdasarkan keterangan saksi, PIC dilaporkan dalam keadaan baik pada malam sebelum kemalangan. Saksi juga mengatakan bahawa PIC berehat dengan baik sebelum penerbangan berlepas dari Langkawi,” menurut laporan yang disiarkan di laman web rasmi MOT hari ini.
Pada 17 Ogos lepas sebuah pesawat persendirian Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Shah Alam, mengorbankan 10 orang yang terdiri daripada lapan penumpang (enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan), seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
Laporan setebal 60 halaman itu juga menyatakan bahawa PIC telah dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada, dan kedua-dua juruterbang memiliki sijil perubatan yang sah daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Laporan itu menyatakan bahawa PIC memperoleh Sijil Perubatan Kelas Pertama daripada FAA dengan limit ‘mesti menggunakan kanta corrective bagi memenuhi standard penglihatan pada semua jarak yang diperlukan’ pada 24 Mac 2023 dan memegang Sijil Perubatan CAAM sah dari 6 Dis 6 2022 hingga 31 Dis 2023 dengan limit ‘VDL – sah hanya dengan pembetulan untuk penglihatan jauh yang rosak’.
“Semakan sijil perubatan dan dokumentasi sokongan menunjukkan bahawa PIC tidak melaporkan sebarang kebimbangan perubatan yang ketara dan Pemeriksa Perubatan Ditetapkan (DME) mengenal pasti tiada masalah penting pada pemeriksaan fizikal.
“Berdasarkan sejarah yang ada dan pemeriksaan fizikal, juruterbang ini tidak mempunyai keadaan perubatan yang diketahui yang boleh mendatangkan bahaya besar kepada keselamatan penerbangan,” menurut laporan itu.
Penemuan lain menunjukkan bahawa kejadian berlaku pada waktu siang dengan keterlihatan jelas dilaporkan melebihi 10 kilometer, dan keadaan meteorologi yang baik dengan perubahan angin yang pelbagai (VRB) pada 05 knot.
Bagaimanapun AAIB berkata laporan itu mengandungi kenyataan fakta sehingga waktu ia dikeluarkan, dan ia mesti dianggap sebagai tentatif, tertakluk kepada pindaan atau pembetulan jika muncul bukti-bukti tambahan.
MOT dalam kenyataan hari ini berkata laporan akhir penyiasatan itu akan disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun depan selaras dengan Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO Annex 13), yang membenarkan tempoh 12 bulan untuk memuktamadkan dokumen itu susulan kemalangan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked