AKUR KEPUTUSAN TANGGUH KEBENARAN CERAMAH DI PERAK – KAZIM ELIAS
IPOH: Semua pendakwah sama ada dalam mahupun luar Perak perlu mengikut peraturan berdakwah seperti yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selaku pembuat dasar kepada agensi agama di negeri ini.
Pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Tokoh Agama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Peringkat Negeri Perak di Dewan Pusat Pendidikan Al-Barakah Manjoi hari ini. — Bernama
IPOH: Semua pendakwah sama ada dalam mahupun luar Perak perlu mengikut peraturan berdakwah seperti yang ditetapkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) selaku pembuat dasar kepada agensi agama di negeri ini.
Pendakwah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) hanya menangguhkan sementara aktiviti mengajar dan syarahan bagi penceramah dari luar negara dan luar negeri Perak sama ada bertauliah atau tanpa tauliah mengajar di dalam masjid, surau dan surau diri Jumaat (SDJ).
“Apa yang dilakukan JAIPk adalah proses penambahbaikan dan kita janganlah nak timbulkan kontroversi supaya masyarakat kita bertelagah, lebih baik kita bersederhana sahaja dan ikut undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan di sesebuah negeri.
“Perak bukan negeri pertama melakukan perkara ini (penambahbaikan) kerana negeri-negeri lain sudah terlebih dahulu melaksanakannya dan kita tak perlu terkejut pun kerana ada negeri sudah empat tahun dah lakukan,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima Watikah Tokoh Agama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Peringkat Negeri Perak di Dewan Annuar Mat Taib, Pusat Pendidikan Al Barakah yang disampaikan oleh Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM Datuk Mohd Najmuddin Elias.
Sebelum ini, Pengarah JAIPk Harith Fadzilah Abdul Halim berkata penangguhan itu susulan proses penambahbaikan yang sedang dibuat terhadap Garis Panduan Permohonan Penceramah dan Pengajar di masjid dan surau di Perak.
Langkah itu sebagai usaha penyusunan semula konsep serta kaedah dakwah dan pengajaran agama Islam supaya selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asyairah dan Maturidiah.
Penambahbaikan yang dilakukan susulan penangguhan itu adalah selepas Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak membuat penelitian terhadap permohonan penceramah dari Iuar negara dan Iuar negeri Perak.
Sementara itu, Mohamad Kazim turut menasihati mana-mana pihak yang tidak mempunyai tauliah mengajar agar tidak menyalahkan jabatan agama serta berkecil hati jika tidak diberikan kebenaran berceramah.
“Bagi saya mudah. Kita pergilah berceramah di tempat yang kita punya dapat tauliah mengajar dan jika saya hanya dapat mengajar di Perak umpamanya maka bagilah ceramah di Perak sahaja, mengapa nak kecil hati kalau tak dapat berceramah di negeri lain.
“Kita kena terima kita ada peraturan yang perlu kita patuhi walau sesiapa pun kita dan penangguhan ini bukan melibatkan ceramah kuliah maghrib guru takmir yang tetap berjalan macam biasa, tetapi ini hanya melibatkan penceramah luar,” katanya.
Katanya, penangguhan yang dibuat oleh JAIPk bukan untuk menghalang atau menyusahkan seseorang yang ingin mengajar agama sebaliknya sebagai langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests