Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NCM: HAJI 1446H TAHUN TERAKHIR PADA MUSIM PANAS SEHINGGA 2050-AN 

DUNIA

NCM: HAJI 1446H TAHUN TERAKHIR PADA MUSIM PANAS SEHINGGA 2050-AN 

Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) Hussein Al-Qahtani memaklumkan bahawa musim haji tahun ini, 1446 Hijrah menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung pada bulan-bulan musim panas.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

MINA: Jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi (NCM) Hussein Al-Qahtani memaklumkan bahawa musim haji tahun ini, 1446 Hijrah menandakan berakhirnya musim haji yang berlangsung pada bulan-bulan musim panas.

Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), Al-Qahtani menyatakan bahawa lapan musim haji berikutnya akan berlangsung pada musim bunga, diikuti lapan lagi pada musim sejuk, kemudian musim luruh dengan suhu yang semakin meningkat secara beransur-ansur, sebelum kembali kepada musim panas dalam tempoh kira-kira 25 tahun.

Jurucakap NCM itu menjelaskan peralihan itu berlaku disebabkan oleh kitaran kalendar Hijrah, yang menawarkan peluang kepada jemaah untuk menunaikan ibadah haji dalam cuaca yang lebih sederhana pada tahun-tahun mendatang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading