Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BERKAT DISIPLIN JEMAAH HAJI, MALAYSIA RAIH ANUGERAH LABBAITOM KALI KEEMPAT

DALAM NEGARA

BERKAT DISIPLIN JEMAAH HAJI, MALAYSIA RAIH ANUGERAH LABBAITOM KALI KEEMPAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bagi musim haji 1446H/ 2025M, TH memperoleh anugerah tersebut bagi kategori Kepuasan Pelanggan yang dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

MAKKAH: Malaysia menerusi Lembaga Tabung Haji (TH) telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Labbaitom untuk kali keempat berturut-turut oleh Kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, bagi musim haji 1446H/ 2025M, TH memperoleh anugerah tersebut bagi kategori Kepuasan Pelanggan yang dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Pencapaian ini adalah amat membanggakan Malaysia. Saya berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyediakan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi kerana memilih Malaysia bagi Anugerah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menzahirkan penghargaan kepada semua jemaah haji Malaysia yang memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang perjalanan Masyair.

Katanya, kerjasama ini amat membantu TH untuk mengenal pasti menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

“Semoga seluruh jemaah Haji dikurniakan haji yang mabrur dan sentiasa menjadi insan bertaqwa juga berusaha meninggikan syiar agama,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    10 June 2025 at 3:48 AM

    Perlu tegas ambil tindakan kepada mana2 travel agency yang menipu jemaah. Tayangkan nama2 syarikat yang kena blacklist bagi panduan kami

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading