Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NGEH MOHON MAAF, TARIK SEMULA CADANGAN LANTIK PAKAR BUKAN ISLAM

DALAM NEGARA

NGEH MOHON MAAF, TARIK SEMULA CADANGAN LANTIK PAKAR BUKAN ISLAM

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf berhubung cadangannya supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf berhubung cadangannya supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Ngeh turut menarik semula cadangannya itu, dengan menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Oleh itu, saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati. Saya tiada niat langsung untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam serta dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Justeru, baginda mengharapkan agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading