KERAJAAN PUSAT SEDIA BANTU MASJID, SURAU TERJEJAS BANJIR
Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
JERANTUT: Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan bantuan kepada masjid dan surau yang terjejas banjir, walaupun institusi berkenaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya sedia menyalurkan bantuan jika terdapat permohonan diajukan menerusi sahabat agensi di bawah kementerian itu.
“Kita sebenarnya tiada peruntukan khusus berkaitan bantuan musibah ini, cuma ada sesetengah agensi agama seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang ada peruntukan diberikan kerajaan.
“…ada bahagian tertentu pada peruntukan itu untuk bantuan kepada mereka yang terkesan jika berlaku kecemasan, musibah atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini hari ini.
Pengagihan bantuan itu melibatkan 29 ketua isi rumah (KIR) di Jerantut dan 125 di Raub dengan masing-masing menerima sumbangan wang tunai serta barangan seperti keperluan dapur dan kit solat.
Banjir di Pahang bermula pada 24 Dis lepas melibatkan daerah Jerantut disusuli Raub, Lipis, Kuantan, Temerloh, Maran dan Bera, yang secara kumulatifnya melibatkan 1,078 mangsa daripada 273 KIR, namun bencana itu semakin pulih dengan hanya lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran, Bera dan Temerloh masih beroperasi tengah hari ini.
Selain Pahang, negeri lain yang terjejas banjir ialah Kelantan, Terengganu, Johor dan Sabah.
Dalam perkembangan lain, Mohd Na’im menasihatkan orang ramai peka dan berwaspada dalam memilih agensi pelancongan bagi tujuan umrah tidak menjadi mangsa penipuan umrah.
“Dapatkan maklumat jelas daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk lihat agensi pelancongan yang sudah disenaraihitamkan. MOTAC mengambil tindakan sewajarnya apabila terdapat aduan (penipuan) dikemukakan.
“Untuk urusan haji, semakan boleh dibuat dengan Tabung Haji kerana kita mengeluarkan sijil untuk menguruskan haji kepada mereka yang layak. Pastikan sijil mereka masih sah dan mohon semua untuk peka supaya tidak tertipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Mohd Na’im berkata mereka yang menjadi mangsa penipuan juga dinasihatkan membuat aduan rasmi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests