Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LAKUKAN GENOSID DI GAZA, AFRIKA SELATAN FAIL KES DI ICJ

DUNIA

LAKUKAN GENOSID DI GAZA, AFRIKA SELATAN FAIL KES DI ICJ

Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

WASHINGTON: Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.

Menurut kerajaan Afrika Selatan tindakan Israel itu sebagai “genosid” dan perbuatan sedemikian dilakukan dengan niat untuk menghapuskan lebih ramai rakyat Palestin di Gaza.

Tindakan Israel itu melanggar kewajipannya di bawah Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid, lapor United Press International (UPI).

Afrika Selatan turut meminta mahkamah mengeluarkan langkah-langkah sementara bagi melindungi hak rakyat Palestin daripada kemudaratan yang lebih teruk sehingga sukar untuk dipulihkan dan memastikan Israel patuh terhadap kewajipannya di bawah Konvensyen Genosid.

Pegawai kesihatan Gaza pada Jumaat berkata 187 lagi rakyat Palestin terbunuh dan 312 cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban kepada 21,507 orang dan 55,915 cedera sejak pencerobohan Israel di Gaza bermula pada 7 Okt.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading